Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

Bagaimana Mulut Kering Mmbawa Kepada Mulut Berbau

Xerostomia, yang juga dikenali sebagai mulut kering, selalunya berlaku apabila penghasilan air liur menjadi perlahan. Keadaan kering ini mengakibatkan kesukaran bercakap, sakit tekak dan ketidakpuasan apabila meminum air untuk menghilangkan dahaga. Jika ia berlanjutan, ia juga boleh membawa kepada mulut berbau. Mengapa? Air liur semula jadi yang tiba-tiba hilang perlu memainkan peranannya: mengumbah bakteria dan sisa makanan dari mulut anda. Tanpa air liur untuk membersihkannya, bakteria dan sisa makanan akan mula terurai dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Banyak perkara boleh menyebabkan mulut kering. Sesetengah jenis ubat, termasuklah untuk darah tinggi, antihistamin, antidepresi, diuretik dan ubat antiradang bukan steroid boleh mengurangkan penghasilan air liur. Begitu juga rawatan dengan radiasi, penyakit kelenjar air liur, diabetes, pernafasan melalui mulut, apnea tidur, dan penyakit autoimun tertentu. Penyakit dengan gangguan makanan seperti bulimia dan anoreksia atau perempuan yang mengandung atau menyusu juga boleh megalami kekeringan mulut kerana dehidrasi dan perubahan hormon. Faktor-faktor lain termasuklah stres, keresahan dan kemurungan. Jika tidak dirawat, mulut kering boleh mengakibatkan kerosakan gigi, kaviti, kesukaran makan atau bercakap, malah kehilangan gigi.

Kesan sampingan mulut kering boleh dirawat. Mengunyah gula-gula getah tanpa gula boleh menggalakkan air liur tanpa menyalut gigi dengan gula berlebihan. Satu lagi alternatif adalah berkumur dengan pencuci mulut untuk membunuh bakteria, membersihkan sisa makanan dan mengekalkan kelembapan mulut. Penyelesaian ringkas yang lain termasuklah mengehadkan pengambilan kafein dan meminum banyak air.

nafas-pagi.jpg

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

new-product-range.png

LIHAT SEMUA PRODUK

Soalan LazimApakah Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Nafas Berbau?

Dapatkan Maklumat

Suapan senarai5 Makanan Utama Penyebab Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Suapan SenaraiGaya Hidup Penyebab Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.