Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

5 Makanan Utama Penyebab Mulut Berbau

Memberus, memflos dan berkumur adalah cara terbaik untuk mengekalkan mulut yang bersih dan sihat. Akan tetapi, anda masih juga akan mengalami nafas berbau dari semasa ke semasa walaupun semua langkah pencegahan ini diambil. Namun jangan risau. Dalam banyak-banyak penyebab mulut berbau, 80% daripadanya adalah di depan mata kita—iaitu makanan yang kita nikmati. Mari kita teliti sesetengah makanan yang menjadi penyebab utama:

#1: Bawang Putih

Image

Walaupun penyenaraian bawang putih ini tidak mengejutkan, apa yang mengejutkan adalah bagaimana bawang putih masih boleh meninggalkan kesan sulfurnya pada tempat selain dari lidah kita. Bawang putih juga diserap ke dalam saluran darah yang membolehkan aroma peringkat kedua masuk ke dalam paru-paru, dan kemudiannya dibebaskan kembali melalui mulut. Apabila diserap, bawang putih kemudiannya akan mengeluarkan bau hamis dari liang-liang roma kita. Namun, ini bukanlah sebab untuk kita berhenti terus memakan bawang putih. Hanya kawal pengambilannya dan setelah selesai memakannya, bersihkan mulut dari sisa bawang putih dengan memberus gigi dan memflos. Juga, jangan lupa berkumur dua kali sehari.

#2. Bawang Merah

Image

Sama seperti bawang putih, aroma bawang merah kekal lama selepas kita selesai memakannya. Ini kerana ia mengandungi sebatian sulfur yang diserap ke dalam saluran darah dan kembali tanpa disedari. Lindungi diri anda menerusi perlindungan tambahan dengan menggosok, memflos dan berkumur.

#3: Tenusu

Image

Susu mungkin berkhasiat untuk badan tetapi ia boleh mengotorkan mulut. Ini kerana sejenis bakteria yang wujud secara semula jadi pada lidah anda hidup dengan asid amino yang ada dalam susu dan keju, lalu menghasilkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan.

#4: Tuna Dalam Tin

Image

Tiada sesiapa yang akan keliru antara bau ikan, dengan bau bunga yang wangi. Namun, bau tak menyenangkan ikan tuna di dalam tin lebih teruk lagi. Makanan laut biasanya mula berbau masam dan hamis apabila ia mengoksida, dan proses ini diburukkan lagi dengan penyimpanan di dalam tin berlogam yang gelap.

#5: Lobak Pedas

Image

Apabila ciri pelindung tumbuhan daripada haiwan lapar itu yang memberikan rasa uniknya, sudah tentu produk sampingannya masih ada lama selepas ia dihadamkan. Begitu juga dengan lobak pedas. Bahan kimia isotiosinat adalah unsur yang membolehkan sayur akar ini membekalkan rasa dan aroma yang unik kepada sos koktel, kuah dan juga nafas anda.

nafas-pagi.jpg

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

new-product-range.png

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan SenaraiGaya Hidup Penyebab Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Fakta MulutCara Mengelakkan Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Suapan Senarai5 Rawatan Terbaik Untuk Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.