Terma Penggunaan

Terakhir dikemas kini [7 Ogos, 2019]

Sila baca Terma Pengunaan (“Persetujuan”) berikut dengan teliti. Apabila anda klik atau tap “OK” atau “Setuju” (atau terma yang serupa) berkaitan dengan Persetujuan ini, atau apabila anda menggunakan Perkhidmatan ini (sepertimana yang dinyatakan di bawah), anda bersetuju dengan Persetujuan ini. Kami mengesyorkan anda untuk mencetak salinan Persetujuan ini untuk rujukan di masa hadapan. Kami mengekalkan hak untuk membuat perubahan, sepertimana yang dinyatakan di bawah.

Persetujuan ini adalah antara anda dengan JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Syarikat” atau “kami”) berkenaan penggunaan laman Listerine di [https://www.listerine.com.my/] (“Laman”) (keseluruhannya, “Perkhidmatan”)

Jika anda tidak bersetuju untuk menerima terma dan syarat dalam Perjanjian ini, kami meminta anda untuk tidak mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini atau mengepos atau menghantar sebarang bahan-bahan kepadanya atau memesan barangan daripadanya. Sila semak Polisi Privasi kami yang berada di https://www.listerine.com.my/ms/privacy untuk butiran tentang maklumat yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya.

LAMAN INI ADALAH UNTUK DAN DITUJUKAN BUAT PENDUDUK MALAYSIA. ANDA MENGESAHKAN BAHAWA UMUR ANDA SAH DI SISI UNDANG-UNDANG UNTUK MENGIKAT PERSETUJUAN ATAU, JIKA TIDAK, ANDA TELAH MENDAPATKAN KEBENARAN IBU-BAPA ATAU PENJAGA UNTUK MENGIKAT PERSETUJUAN INI.

JIKA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI ATAS PIHAK, ATAU UNTUK KEPENTINGAN MANA-MANA ORGANISASI YANG BERKAITAN DENGAN ANDA, OLEH ITU ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA PERSETUJUAN INI BAGI PIHAK ANDA DAN ORGANISASI TERSEBUT, DAN ANDA MENGESAHKAN BAHAWA ANDA MEMPUNYAI KUASA UNDANG-UNDANG UNTUK MENGIKAT ORGANISASI BERKENAAN KEPADA PERSETUJUAN INI. Sebarang rujukan kepada “anda” dalam Persetujuan ini adalah merujuk kepada anda dan organisasi berkenaan.

1. Hak Kami untuk Membuat Perubahan. Kami mungkin mengubah Persetujuan ini dari masa ke semasa (atas sebarang sebab, seperti perubahan dalam fungsi atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Laman ini atau untuk menunjukkan perubahan dalam undang-undang) dengan memaklumkan anda perubahan tersebut melalui cara yang munasabah dan menyediakan Persetujuan yang telah diubah melalui Perkhidmatan ini. Sebarang perubahan tidak akan tergunapakai dalam sebarang perbalahan antara anda dengan kami yang timbul sebelum tarikh bila mana kami meletakkan Persetujuan yang menggabungkan perubahan tersebut atau apabila kami memaklumkan anda akan perubahan tersebut. Apabila anda klik “OK” atau “Setuju” (atau terma yang serupa) berkaitan dengan Persetujuan ini atau penggunaan Perkhidmatan berikutan sebarang perubahan akan dianggap sebagai penerimaan anda akan perubahan ini. Legenda “Kali Terakhir Dikemaskini” di atas menandakan bila kali terakhir Persetujuan ini diubah.

Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, kami boleh, pada bila-bila masa dan tanpa liabiliti, mengubah atau menghentikan kesemua atau sebahagian daripada Perkhidmatan ini (cth., untuk mengikut perubahan dalam undang-undang berkenaan, untuk melindungi keselamatan Perkhidmatan atau untuk melaksanakan pelarasan dan penambahbaikan teknologi yang munasabah, untuk mengubah suai perkhidmatan dan fungsi yang disediakan olah Laman); mengenakan, mengubah atau mengecualikan sebarang yuran yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan ini bilamana diperlukan secara munasabah; atau menawarkan sebarang peluang kepada sesetengah atau kesemua pengguna, mengikut budi bicara kami sepenuhnya. Kami akan berusaha untuk memaklumkan anda dengan cara munasabah akan (i) sebarang pengubahsuaian yang akan mempunyai kesan buruk yang jelas atas penggunaan Perkhidmatan ini, secara keseluruhannya; dan (ii) sebarang peningkatan nyata dalam yuran yang dikenakan ke atas penggunaan Perkhidmatan ini.

2. Penafian Maklumat

MAKLUMAT TERMASUK SEBARANG NASIHAT ATAU PENGESYORAN YANG DISEDIAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA. PERKHIDMATAN INI ADALAH UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN DAN PEMBERIAN MAKLUMAT SAHAJA. IA BUKANNYA NASIHAT PERUBATAN ATAU PENJAGAAN KESIHATAN, ATAU UNTUK DIGUNA SEBAGAI DIAGNOSIS ATAU RAWATAN PERUBATAN, UNTUK MANA-MANA MASALAH PERSENDIRIAN. IA JUGA BUKANLAH PENGGANTI BUAT NASIHAT DAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL DARIPADA PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN BERTAULIAH YANG LEBIH MAKLUM TENTANG FAKTA UNIK ANDA. SENTIASA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ANDA ATAU PENYEDIA PENJAGAAN KESIHATAN BERTAULIAH LAIN BERKENAAN SEBARANG KEADAAN PERUBATAN DAN SEBELUM MEMULAKAN MANA-MANA RAWATAN BARU. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA PENAFIAN DAN KAVEAT TAMBAHAN LAIN YANG MUNGKIN TERPAPAR DALAM PERKHIDMATAN INI.

KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG AKIBAT YANG BERKAIT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DENGAN SEBARANG TINDAKAN ANDA BERDASARKAN MAKLUMAT, ATAU BAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERKHIDMATAN INI. WALAUPUN KAMI BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH PERKHIDMATAN INI ADALAH TEPAT, LENGKAP, DAN SEMASA, KAMI TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN, DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNJAWAB UNTUK, SEBARANG KEROSAKAN ATAU KERUGIAN BERKAITAN DENGAN KETEPATAN, KELENGKAPAN, ATAU KEKINIAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA PERKHIDMATAN INI.

3. Maklumat yang Dihantar Melalui Perkhidmatan Ini. Maklumat yang anda hantar melalui Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada Polisi Privasi, yang ada di https://www.listerine.com.my/ms/privacy

4. Isu Bidang Kuasa. Perkhidmatan ini mungkin tidak sesuai atau tidak boleh digunakan dalam sesetengah bidang kuasa. Sebarang penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko anda sendiri, dan anda mestilah mengikuti semua undang-undang, peraturan dan syarat-syarat berkenaan ketika menggunakannya. Kami mungkin mengehadkan keterdapatan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagiannya, kepada mana-mana individu atau Kawasan geografi yang kami pilih, mengikut budi bicara kami sepenuhnya, untuk sebab yang sah (cth. untuk mengikut keperluan undang-undang dan kawal atur berkenaan, untuk melindungi keselamatan Perkhidmatan atau untuk melaksanakan pelarasan teknikal yang munasabah).

5. Penggunaan yang Diterima dan Peraturan Kelakuan. Anda mestilah tidak:

  • Mengepos, menyiar atau memberikan melalui atau berkaitan dengan Perkhidmatan sebarang bahan yang adalah atau mungkin: (a) mengancam, mengganggu, merendahkan, mengutuk, menakutkan, atau sebaliknya gagal untuk menghormati hak atau maruah orang lain; (b) memburukkan, memfitnah atau menipu; (c) lucah, kurang sopan, pornografi atau tidak menyenangkan; atau (d) dilindungi hakcipta, tanda perniagaan, rahsia perniagaan, hak publisiti atau privasi atau sebarang hak proprietari lain, tanpa keizinan bertulis jelas oleh pemilik berkenaan.
  • Mengepos, menyiar atau memberikan melalui atau berkaitan dengan Perkhidmatan sebarang virus, cecacing, kuda Trojan, telur Easter, bom jangka, perisian intip atau  kod komputer lain, fail atau program komputer yang adalah atau berpotensi memudaratkan atau invasif atau bertujuan untuk merosakkan atau merampas operasi, atau untuk memantau penggunaan sebarang perkakasan, perisian atau peralatan (setiap satu, “Virus”).
  • Penggunaan Perkhidmatan untuk sebarang tujuan komersial, termasuk penggunaan untuk kegunaan komersial anda atau sebarang kegunaan komersial yang akan memanfaatkan anda dalam apa cara sekalipun.
  • Penggunaan Perkhidmatan untuk sebarang kegunaan yang menipu atau menyalahi undang-undang.
  • Mengumpul maklumat tentang pengguna Perkhidmatan dalam apa cara pun, termasuk melalui kejuruteraan balikan.
  • Mengganggu operasi Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang digunakan untuk menyediakan Perkhidmatan, termasuk dengan cara menggodam atau merosakkan sebarang bahagian daripada Perkhidmatan, atau melanggar sebarang keperluan atau polisi pelayan atau rangkaian berkenaan.
  • Mengehadkan atau menghalang mana-mana individu daripada menggunakan Perkhidmatan ini.
  • Menghasilkan semula, mengubah, mengadaptasi, menterjemah, mencipta karya terbitan, menjual, menyewa, memajak, meminjamkan, kongsian masa, mengedar atau mengeksploitasi mana-mana bahagian (atau sebarang penggunaan) Perkhidmatan melainkan dengan keizinan jelas di bawah Persetujuan ini, tanpa kebenaran bertulis jelas daripada kami.
  • Melakukan kejuruteraan balikan, menyahkumpul atau menyahhimpun mana-mana bahagian Perkhidmatan, kecuali sekatan berkenaan adalah dilarang undang-undang berkaitan.
  • Memuat turun dan menyimpan kandungan Perkhidmatan secara sistematik.
  • Mengalihkan sebarang notis hak cipta, tanda dagangan atau hak proprietari daripada Perkhidmatan.
  • Menggunakan sebarang robot, aplikasi pencarian/dapatan semula laman atau peralatan manual atau automatik untuk mendapatkan kembali, mengindeks, mengaut, “melombong data” atau mengumpul kandungan Perkhidmatan, atau menghasilkan semula atau memintas struktur navigasi atau persembahan Perkhidmatan, tanpa keizinan bertulis jelas terlebih dahulu. Tidak mengira yang disebut di atas, dan tertakluk kepada pematuhan dengan sebarang arahan yang dipos dalam fail robots.txt yang terletak dalam direktori akar Perkhidmatan, kami memberikan kebenaran kepada pengendali enjin carian umum untuk menggunakan lelabah untuk salinan bahan daripada Perkhidmatan untuk tujuan tunggal (dan hanya sehingga tahap yang perlu untuk) menyediakan secara umum, indeks carian bahan tersebut, tapi bukannya cache atau arkib bahan tersebut. Kami mengekalkan hak untuk menarik balik kebenaran ini sama ada secara umum atau dalam kes tertentu, pada bila-bila masa dan tanpa notis.

Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan, menyelenggara dan membayar semua perkakasan, telekomunikasi dan perkhidmatan lain untuk anda menggunakan Perkhidmatan ini.

6. Produk. Perkhidmatan ini boleh menyediakan senarai, perihal dan gambar produk atau perkhidmatan atau kupon atau diskaun berkenaan (secara keseluruhannya, “Produk”), termasuk rujukan dan pautan kepada Produk. Kami berusaha untuk memerihalkan barangan yang ada pada Perkhidmatan setepat mungkin dan meggambarkan pembungkusan produk yang terkini. Kami tidak memberikan jaminan atau representasi atas kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesahan atau keterkinian senarai, perihal atau gambar (termasuk sebarang ciri-ciri, spefikasi dan harga yang terkandung di sini) atau pembungkusan produk yang digambarkan akan sama dengan Produk sebenar yang anda terima. Maklumat dan ketersediaan sebarang Produk adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis. Jika Produk adalah tidak seperti yang digambarkan apabila anda menerimanya atau pembungkusan yang digambarkan pada Perkhidmatan tidak sama dengan Produk yang anda terima, satu-satunya remedi anda adalah memulangkan Produk kepada kami dalam keadaan belum diguna dan tidak rosak menepati Polisi Pemulangan kami, yang terdapat di Perkhidmatan di bawah Perkhidmatan Pelanggan.

7. Transaksi. Anda boleh membeli Produk melalui Perkhidmatan (“Transaksi”). Jika anda ingin melakukan Transaksi, anda mestilah memberikan maklumat tertentu, seperti nombor kad kredit dan alamat. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai hak untuk menggunakan sebarang kaedah pembayaran yang anda hantar. Penentusahan maklumat, atau maklumat tambahan, mungkin diperlukan sebelum perakuan atau lengkapnya sebarang Transaksi. Adalah tanggungjawab anda untuk mengikut kesemua undang-undang berkenaan berkaitan dengan pembelian dan penggunaan sebarang Produk.

Sila maklum bahawa harga, ketersediaan dan terma pembelian lain adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terdahulu. Kami berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat pada Laman dan apabila kesilapan dijumpai, kami akan perbetulkannya. Kami mengekalkan hak, termasuk tanpa notis terlebih dahulu, untuk mengehadkan kuantiti atau menghentikan ketersediaan sebarang Produk. Perkhidmatan ini tidak menerima pesanan daripada peniaga, pemborong, atau pelanggan lain yang berniat untuk menjual semula barangan yang ditawarkan di Perkhidmatan. Pemulangan dan penggantian adalah tertakluk kepada polisi pemulangan dan penggantian kami yang berkenaan. Anda bersetuju untuk membayar semua caj yang tertanggung oleh anda atau atas pihak anda melalui Perkhidmatan, pada harga yang berkuat kuasa apabila caj berkenaan dikenakan, termasuk caj berkenaan untuk penghantaran, pengendalian dan cukai. Apabila anda membuat pesanan anda tidak semestinya memastikan kami menerima pesanan anda. Walaupun kami kebiasaannya mengesahkan pesanan melalui emel, penerimaan pengesahan pesanan melalui emel bukanlah penerimaan pesanan atau pengesahan kami untuk penawaran penjualan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Kami mengekalkan hak untuk menarik balik sebaran tawaran yang dinyatakan untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau ketinggalan, termasuklah selepas sesebuah pesanan telah dibuat, setelah ia telah disahkan, atau selepas kad kredit anda atau kaedah pembayaran lain telah dikenakan caj. Jika kami menemui kesilapan selepas kad kredit anda atau kaedah pembayaran lain telah dikenakan caj dan pesanan anda dibatalkan kerana kesilapan itu, jumlah penuh pesanan anda akan dipulangkan kepada anda. Anda akan dimaklumkan melalui emel atau kaedah komunikasi lain jika pesanan anda telah dibatalkan.

Sebaik sahaja pesanan yang dipenuhkan dengan betul diterima dan keizinan kaedah pembayaran anda diterima, kami akan mencari barangan yang telah anda pesan dengan segera untuk meletakkannya dalam aturan buat penghantaran. Jika, atas apa sebab pun, kami menentukan bahawa kami tidak boleh menghantar barangan anda dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah kami menerima pesanan yang dipenuhkan dengan betul, kami akan membatalkan pesanan anda dan memberitahu anda tentang tindakan ini. Pemulangan dan penukaran adalah tertakluk kepada polisi pemulangan dan penukaran yang berkaitan.

Produk mungkin dihantar ke alamat yang ditetapkan oleh anda, selagi alamat itu adalah lengkap dan mengikuti sebarang sekatan penghantaran yang terdapat di Perkhidmatan. Kesemua Transaksi adalah dibuat mengikut kontrak penghantaran, dan oleh itu, risiko kehilangan dan pemilikan Produk dipindahkan kepada anda sebaik sahaja kami menghantar Produk kepada  pengangkut. Anda bertanggungjawab untuk memfailkan sebarang tuntutan dengan pengangkut untuk penghantaran yang rosak dan/atau hilang.

Anda boleh memulangkan Produk mengikut Polisi Pemulangan kami seperti yang terpapar pada Perkhidmatan, jika berkaitan.

8. Komunikasi Elektronik. Maklumat yang disampaikan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan boleh dianggap sebagai komunikasi elektronik. Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui Perkhidmatan atau melalui lain-lain bentuk media elektronik, seperti emel, anda sedang berkomunikasi dengan kami secara elektronik. Anda bersetuju bahawa kami boleh berkomunikasi secara elektronik, tertakluk kepada undang-undang privasi dan Anti-Spam undang-undang, dan komunikasi berkenaan, termasuk notis, pendedahan, perjanjian, dan komunikasi lain yang kami berikan kepada anda secara elektronik, adalah bersamaan dengan komunikasi bertulis dan akan mempunyai kuasa dan kesan sama seperti ianya bertulis dan ditandatangani pihak yang menghantar komunikasi tersebut.

9. Pendaftaran. Anda mungkin diperlukan untuk mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan ini. Kami mungkin menolak, atau mengkehendaki anda untuk mengubah, sebarang nama pengguna, kata laluan atau lain-lain maklumat yang anda berikan. Nama pengguna dan kata laluan anda adalah untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Andalah satu-satunya yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat dan mengehadkan akses kepada peranti mudah alih, komputer, dan/atau kaedah lain yang anda gunakan untuk mengakses Perkhidmatan. Kami tidak bertanggungjawab atas penggunaan maklumat anda yang diakibatkan oleh kegagalan anda dalam menjaga kerahsiaannya.Andalah satu-satunya bertanggungjawab untuk segala aktiviti yang berlaku dalam akaun anda, sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda. Anda mestilah memaklumkan kami dengan segera jika anda ketahui ada penggunaan maklumat atau akaun anda tanpa keizinan. Kami mengesyorkan, setakat mana  anda mengakses Perkhidmatan menggunakan peranti mudah alih, anda melindungi peranti tersebut dengan kata laluan.

Anda bersetuju bahawa sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami adalah semasa, tepat dan bahawa anda akan memastikan maklumat tersebut adalah terkini dengan memaklumkan sebaran perubahan kepada kami.

Kami mengekalkan hak untuk melupuskan sebarang akaun pada bila-bila masa atas budi bicara kami sepenuhnya, termasuk tanpa pembatasan atau sebarang kegagalan untuk mengikuti Terma Penggunaan berikut, sebarang penipuan atau salah guna atau salah nyata yang anda atau individu lain yang menggunakan akaun anda lakukan ke atas kami.

10. Profil dan Forum. Anda dibenarkan untuk memberikan maklumat atau bahan tertentu (setiap satu, “Penyerahan”) berkaitan dengan Perkhidmatan, termasuk pada halaman profil atau ciri-ciri interaktif. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas atau untuk interaksi anda dengan pengguna lain. Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas tindakan mereka sendiri. Jika anda memilih untuk mendedahkan maklumat peribadi atau maklumat lain secara umum melalui Perkhidmatan, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.

Anda mengakui bahawa mana-mana forum mengandungi pendapat dan pandangan pengguna lain. Anda selanjutnya mengakui bahawa kami adalah tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan sebarang Penyerahan anda di Laman. Anda faham dan bersetuju bahawa semua Penyerahan adalah tanggungjawab tunggal individu yang mengepos Penyerahan tersebut. Anda faham dan bersetuju bahawa anda akan menilai, dan menanggung segala risiko berkaitan dengan, penggunaan sebarang Penyerahan, termasuk sebarang kebergantungan kepada ketepatan, lengkapnya, atau kebergunaan Penyerahan tersebut

 

11. Hak Kami untuk Menggunakan Penyerahan.  Tiada apa-apa dalam Perjanjian yang akan memindahkan sebarang hak pemilikan dalam Penyerahan anda. Bagi setiap Penyerahan, anda memberikan lesen sedunia, bebas royalti, terbayar sepenuhnya, tidak eksklusif, berterusan, tidak boleh ditarik balik, tidak boleh dipindah dan boleh disublesen (melalui pelbagai tingkat), tanpa pertimbangan tambahan  buat anda atau mana-mana pihak ketiga, untuk dihasilkan semula, diedarkan, dipersembahkan dan dipaparkan (secara umum atau sebaliknya), membuat kerja berbentuk terbitan, mengadaptasi, mengubah, menyimpan dan menggunakan, menganalisa dan mengekploitasi Penyerahan tersebut, dalam sebarang format atau media yang dikenali sekarang atau akan dicipta selepas ini, dan untuk sebranag tujuan (termasuk tujuan promosi, seperti terstimoni dan pengiklanan).

Kami bebas untuk menggunakan sebarang idea, konsep, pengetahuan, atau Teknik yang terkandung dalam atau yang terhasil daripada Penyerahan untuk apa tujuan sekalipun, termasuk membangunkan, membuat, dan memasarkan produk. Oleh itu, janganlah menyerah atau menghantar sebarang idea, cadangan atau bahan yang anda ingin rahsiakan atau jika anda mengharapkan untuk menerima pemampasan. Anda tidak akan boleh membuat tuntutan terhadap kami ke atas sebarang penggunaan atau sebaliknya berkaitan Penyerahan.  Apabila anda menghantar Penyerahan, anda faham bahawa kami akan memegang hak, tetapi bukannya kewajipan, untuk mengguna, memaparkan dan mencetak nama anda, fotograf, kesamaan, suara, prestasi, maklumat biografi dan/atau kenyataan, di seluruh dunia buat selama-lamanya dalam Perkhidmatan dan pada mana-mana laman gabungan atau sambungan atau saluran media sosial yang dimiliki atau dikendalikan oleh kami atau ahli gabungan kami. Jika kami menggunakan sebarang daripada hak ini, anda faham dan setuju bahawa anda tidak akan menerima sebarang pertimbanagn, bayaran, makluman atau penghargaan, dan anda juga tidak mempunyai sebarang kuasa kelulusan atas cara kami menggunakannya.

Tambahan lagi, jika anda memberikan kami sebarang idea, usul atau cadangan (“Maklum Balas”), kami akan menganggap Maklum Balas itu sebagai Penyerahan. Anda setuju bahawa Maklum Balas adalah tidak sulit dan pemberiannya adalah percuma, tidak diminta dan tidak meletak kami di bawah sebarang tanggungjawab berkaitan dengan Maklum Balas tersebut.

Anda mengesahkan bahawa (a) anda mempunyai kesemua hak yang perlu untuk memberikan lesen yang diberikan dalam bahagian ini, (b) Penyerahan anda adalah lengkap dan tepat, dan (c) Penyerahan anda dan penyediannya kepada kami bukanlah penipuan atau melanggar sebarang undang-undang berkenaan atau sebarang hak mana-mana pihak ketiga. Anda selanjutnya mengetepikan tanpa boleh ditarik balik (dan membenarkan kami untuk melakukan sebarang tindakan atau peninggalan berkaitan dengan Penyerahan anda dan bahan berkenaan yang mungkin tidak konsisten dengan) sebarang “hak moral” atau hak-hak lain yang berkaitan pembahagian pengarang atau integriti bahan berkenaan Penyerahan anda yang mungkin anda miliki di bawah sebarang undang-undang berkenaan.

Kami mungkin mengenakan jumlah maksimum buat penyimpanan Penyerahan pada Perkhidmatan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin anda alami akibat daripada sebarang pemadaman atau kegagalan untuk menyimpan sebarang mesej, komunikasi atau Penyerahan lain berkaitan dengan penyelenggaran jumlah maksimum penyimpanan.

12. Pengawasan Penggunaan Perkhidmatan.  Kami mungkin (tapi tidak mempunyai kewajipan untuk) memantau, menilai, mengubah atau mengalihkan Penyerahan sebelum atau selepas ia muncul pada Perkhidmatan atau menganalisa akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan. Kami mungkin mendedahkan maklumat berkenaan akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan, keadaan sekitar penyamapain Penyerahan, dan maklumat peribadi berkaitan pengguna yang memberikan Penyerahan, dalam setiap kes mengikut undang-undang berkenaan atau atas permintaan oleh mahkamah atau penguatkuasa undang-undang atau badan berkuasa kerajaan lain, atau mengikut Polisi Privasi kami.

13. Hak Anda untuk Menggunakan Perkhidmatan. Anda menerima bahawa kesemua hak milik intelektual dalam Perkhidmatan, termasuk Laman dan Aplikasi, adalah milik kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak mempunyai hak pada atau kepada Perkhidmatan selain daripada hak untuk mengaksesnya mengikut Persetujuan ini. Tertakluk kepada pematuhan anda dengan, dan hanya dalam tempoh Persetujuan ini: (a) anda boleh melihat satu salinan Laman pada satu-satu peranti, hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda; (b) kami membenarkan anda, atas dasar terhad, tidak eksklusif, boleh ditarik balik, tidak boleh dipindah, tidak boleh disublesen, untuk memasang dan menggunakan Aplikasi di peranti yang anda miliki atau kawal, hanya untuk kegunaan peribadi, dan bukan komersial anda. Aplikasi ini adalah dilesenkan (bukan dijual) kepada anda. Jika anda gagal untuk mengikut dengan Persetujuan ini, anda mestilah berhenti menggunakan Perkhidmatan dengan segera, dan memadam Aplikasi daripada peranti anda. Anda bertnggungjawab untuk memastikan peranti anda selamat dan melindunginya sewajarnya.

14. Hak Proprietari Syarikat. Kami dan pembekal kami memiliki Perkhidmnatan, yang dilindungi oleh hak proprietari dan undang-undang, termasuk kesemua nama jenama, tanda niaga dan tanda perkhidmatan dan sebarang logo berkaitan milik kami. Kesemua nama niaga, tanda perkhidmatan dan logo (keseluruhannya, “Tanda”) pada Perkhidmatan yang tidak dimiliki oleh kami adalah hak milik pemilik masing-masing. Anda tidak boleh menggunakan Tanda kami berhubungan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang bukan milik kami atau dalam sebarang cara yang berkemungkinan mengakibatkan kekeliruan. Tiada apa pun yang terkandung dalam Perkhidmatan ini akan dianggap sebagai memberikan hak untuk menggunakan Tanda tanpa keizinan bertulis nyata daripada pemilik terlebih dahulu.

15. Bahan Pihak Ketiga; Pautan. Perkhidmatan boleh memberikan akses kepada maklumat, produk, perkhidmatan dan bahan pihak ketiga lain; termasuk Penyerahan (keseluruhannya, “Bahan Pihak Ketiga”), dan termasuk sebarang akses melalui pautan. Kami tidak mengawal atau menyokong, dana adalah tidak bertanggungjawab ke atas, sebarang Bahan Pihak Ketiga. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengawal Bahan Pihak Ketiga, dan kami boleh menghalangi atau melumpuhkan sebarang akses kepada Bahan Pihak Ketiga pada bila-bila masa. Akses atau penggunaan Bahan Pihak Ketiga anda adalah atas risiko anda sendiri dan tertakluk kepada sebarang terma, syarat dan polisi tambahan berkenaan dengan bahan tersebut.

16. Terma Tambahan. Terma tambahan mungkin menentukan ciri-ciri atau kandungan tertentu Perkhidmatan, seperti tawaran, cabutan hadiah, peraduan dan cabutan bertuah. Dengan mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan yang ditentukan oleh terma tambahan, seperti cabutan hadiah, peraduan dan cabutan bertuah dengan Peraturan Rasmi, anda bersetuju bahawa anda tertakluk kepada terma tambahan tersebut bersama Terma Penggunaan ini.

17. PENAFIAN JAMINAN. SEHINGGA TAKAT SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA ADALAH ATAS DASAR “SEPERTI SEDIA ADA”, “DI MANA SEDIA ADA” DAN “DI MANA ADA”, TANPA JAMINAN ATAU SYARAT APA SEKALIPUN, SAMA ADA NYATA, TERSIRAT ATAU BERKANUN. KAMI MENAFIKAN SEGALA JAMINAN BERKENAAN PERKHIDMATAN KE TAKAT PALING PENUH YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, TERMASUK JAMINAN DAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETIDAKLANGGARAN DAN PEMILIKAN.

SEHINGGA TAKAT SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, DAN TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT ATAU POLISI BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN BAHAN PIHAK KETIGA SEPERTIMANA DINYATAKAN PADA BAHAGIAN 13, BAHAN PIHAK KETIGA YANG DISEDIAKAN BUAT ANDA ADALAH ATAS DASAR “SEPERTI SEDIA ADA”, “DI MANA SEDIA ADA” DAN “DI MANA ADA”, TANPA JAMINAN APA SEKALIPUN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT. KAMI MENAFIKAN SEGALA JAMINAN BERKAITAN DENGAN BAHAN PIHAK KETIGA.

TANPA MENGEHADKAN KELUASAN MAKNA PERKARA SEBELUM INI, SEHINGGA TAKAT SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, KAMI TIDAK MEMBUAT PERWAKILAN ATAU JAMINAN BAHAWA PERKHIDMATAN ADALAH SELAMAT, BAHAWA SEBARANG NAMA PENGGUNA, KATA LALUAN ATAU LANGKAH KESELAMATAN LAIN YANG MUNGKIN ANDA GUNAKAN ATAU BERIKAN BAGI KEGUNAAN ORANG LAIN BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN AKAN MENGHALANG PENGGUNAAN TANPA KEIZINAN KEPADA AKAUN PERKHIDMATAN ATAU MAKLUMAT BERKAITAN ANDA, ATAU AKAUN PERKHIDMATAN ATAU MAKLUMAT BERKAITAN ANDA TIDAK AKAN DIAKSES ATAU DISALAHGUNA OLEH PIHAK KETIGA.

KESEMUA PENAFIAN DALAM SEBARANG BENTUK DALAM PERSETUJUAN INI (TERMASUK DALAM BAHAGIAN INI DAN BAHAGIAN LAIN DALAM PERSETUJUAN INI) ADALAH DIBUAT UNTUK KEPENTINGAN KEDUA SYARIKAT DAN ANGGOTA GABUNGANNYA SERTA PEMEGANG SYER, PEMEGANG STOK, PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA, ANGGOTA GABUNGAN, EJEN, WAKIL, PELESEN, PEMBEKAL DAN PEMBERI PERKHIDMATAN MASING MASING, JUGA PENGGANTI DAN PEMEGANG SERAH HAK MASING-MASING (KESELURUHANNYA, “PIHAK SYARIKAT”).

Walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk mengekalkan kekinian, integriti dan keselamatan Perkhidmatan, kami tidak boleh menjamin bahawa ia akan kekal terkemaskini, lengkap, tepat atau selamat, atau akses kepadanya akan kekal tidak terganggu. Perkhidmatan mungkin mengandungi ketidaktepatan, kesilapan dan bahan yang bercanggah dengan Persetujuan ini. Tambahan lagi, pihak ketiga mungkin boleh membuat perubahan tanpa keizinan ke atas Perkhidmatan. Jika anda menyedari terdapat perubahan sedemikian, sila gunakan pautan di Hubungi Kami [https://www.listerine.com.my/ms/hubungi-kami] dan berikan butiran setiap perubahan dan lokasinya pada Perkhidmatan.

18. PENGEHADAN LIABILITI

TIADA APA DALAM PERSETUJUAN INI YANG MENYEKAT, MENGECUALIKAN ATAU MENGUBAH ATAU BERTUJUAN UNTUK MENYEKAT, MENGECUALIKAN ATAU MENGUBAH SEBARANG HAK PENGGUNA BERKANUN WAJIB DI BAWAH UNDANG UNDANG BERKENAAN.

BERKAITAN DENGAN SEBARANG SYARAT, WARANTI ATAU JAMINAN YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH STATUT BERKENAAN, KE TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, LIABILITI KAMI ADALAH TERHAD (ATAS PILIHAN KAMI) KEPADA PEMBEKALAN SEMULA ATAU PEMULANGAN SEMULA KOS BAHAGIAN BERKENAAN PERKHIDMATAN.

KE TAKAT SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERKENAAN: (A) KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANSUNG, TIDAK SENGAJA, ISTIMEWA, TELADAN ATAU PUNITIF DALAM APA BENTUK SEKALIPUN, ATAU KERUGIAN YANG TIDAK DIJANGKA SECARA MUNASABAH OLEH KAMI ATAU ANDA PADA MASA ANDA BERSETUJU KEPADA PERSETUJUAN INI, DAN DI BAWAH SEBARANG KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU TEORI LAIN (KESELURUHANNYA, “KERUGIAN TIDAK LANGSUNG”). KERUGIAN ATAU KEROSAKAN ADALAH DIANGGAP BOLEH DIJANGKA JIKA SAMA ADA IA ADALAH JELAS BAHAWA IA AKAN BERLAKU ATAU JIKA, PADA MASA KONTRAK DIBUAT, KEDUA ANDA DAN KAMI TAHU IA AKAN BERLAKU.

TANPA MENGEHADKAN PERKARA SEBELUM INI, KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KERUGIAN TIDAK LANGSUNG YANG BERPUNCA DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU DARIPADA SEBARANG PRODUK ATAU BAHAN PIHAK KETIGA, TERMASUK DARIPADA SEBARANG VIRUS YANG MUNGKIN DISEBARKAN BERKAITAN DENGAN YANG BERKENAAN.

PIHAK SYARIKAT TIDAK MENGECUALIKAN ATAU MENGEHADKAN DALAM APA CARA PUN LIABILITI KAMI KEPADA ANDA DI MANA IA ADALAH MENYALAHI UNDANG-UNDANG UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. INI TERMASUK LIABILITI UNTUK KEMATIAN ATAU KECEDERAAN PERIBADI DISEBABKAN OLEH KECUAIAN KAMI ATAU KECUAIAN PEKERJA, EJEN, ATAU SUBKONTRAKTOR KAMI, UNTUK KECUAIAN MELAMPAU ATAU PERLAKUAN DENGAN NIAT, ATAU UNTUK PENIPUAN ATAU PERWAKILAN BERSIFAT PENIPUAN.

AGREGAT MAKSIMUM LIABILITI KAMI UNTUK KESEMUA KEROSAKAN, KERUGIAN DAN PENYEBAB TINDAKAN YANG TERHASIL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN ATAU PERSETUJUAN INI, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT (TERMASUK KECUAIAN) ATAU SEBALIKNYA, TIDAK AKAN MELEBIHI (A) JUMLAH PENUH, JIKA ADA, YANG DIBAYAR OLEH ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI; DAN (B) SEPULUH DOLAR AMERIKA SYARIKAT ($10).

KESEMUA PENGEHADAN LIABILITI DALAM APA BENTUK PUN DALAM PERSETUJUAN INI (TERMASUK DALAM BAHAGIAN INI DAN BAHAGIAN LAIN PERSETUJUAN INI) ADALAH DIBUAT UNTUK MANFAAT KEDUA SYARIKAT DAN PIHAK SYARIKAT.

BERKENAAN DENGAN SEBARANG SYARAT, WARANTI DAN JAMINAN YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH STATUT, KE TAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDNAG BERKENAAN, LIABILITI KAMI ADALAH TERHAD (ATAS PILIHAN KAMI) KEPADA PEMBEKALAN SEMULA ATAU PEMULANGAN SEMULA KOS PERKHIDMATAN BERKENAAN.

19. Tuntutan Pihak Ketiga. Sekiranya kami disaman oleh pihak ketiga berpunca daripada pelanggaran Persetujuan ini oleh anda atau pencabulan hak pihak ketiga oleh anda, oleh itu, ke takat sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, anda akan bertanggungjawab ke atas kesemua liabiliti, kerosakan, pengadilan, pemberian, kerugian, kos, perbelanjaan dan yuran (termasuk yuran peguam) yang tertanggung oleh Pihak Syarikat.

20. Pelupusan. Anda boleh berhenti menggunakan Perkhidmatan, dan dengan itu melupuskan Persetujuan ini, pada bila-bila masa. Kami mungkin melupuskan atau menggantung penggunaan anda akan Perkhidmatan ini jika anda tidak mematuhi Persetujuan ini, terlibat dalam sebarang penipuan atau penyalahgunaan, atau jika anda atau sesiapa yang menggunakan akaun anda menyalahgambar kepada kami. Apabila munasabah di bawah keadaan tersebut, kami akan memberikan anda notis pelupusan atau penggantungan dua puluh empat (24) jam terdahulu, jika kami percaya dengan munasabah bahawa anda telah melanggar Persetujuan ini dengan jelas, kami mungkin melupuskan atau menggantung anda serta-merta. Setelah pelupusan atau penggantungan, hak anda untuk menggunakan Perkhidmatan akan dihentikan serta-merta, dan kami boleh, tanpa sebarang liabiliti kepada anda atau pihak ketiga, serta-merta menyahaktif atau memadam nama pengguna, kata laluan dan akaun anda, dan kesemua bahan berkaitan, tanpa kewajipan untuk memberikan akses lanjutan kepada bahan itu. Kewajipan anda di bawah Persetujuan ini akan berterusan tanpa mengira keluputan atau pelupusan Persetujuan ini.

21. Pentadbiran Undang-Undang, Bidang Kuasa. Melainkan ditentukan oleh undang-undang berkenaan, persetujuan ini adalah ditadbir oleh dan adalah dianggap mengikut undang-undang New York, tanpa mengira principal konflik undang-undangnya, dan tidak mengira lokasi anda. Kesemua perbalahan antara anda dan kami yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkhidmatan atau Persetujuan ini, sama ada berdasarkan kontrak, tort, statut, penipuan, salah nyataan atau mana-mana teori perundangan lain dan termasuk perbalahan atau tuntutan bukan kontrak, akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah persekutuan dan negeri yang berada di New York, Amerika Syarikat, dan anda boleh mengenepikan sebarang bantahan secara bidang kuasa, tempat atau forum tidak sesuai kepada mahkamah berkenaan.

22. Penapisan. Perlindungan kawalan ibu-bapa (seperti perkakasan komputer, perisian atau perkhidmatan penapisan) boleh didapati secara komersial yang boleh membantu anda untuk mengehadkan akses kepada bahan yang mungkin berbahaya kepada atau tidak sesuai buat individu bawah umur. Maklumat untuk mengenalpasti pembekal semasa perkhidmatan sedemikian (yang bukannya sokongan kami) adalah terdapat di https://en.wikipedia.org/wiki/Comparison_of_content-control_software_and_providers.

23. Maklumat atau Aduan. Jika anda mempunyai soalan atau aduan berkenaan Perkhidmatan, sila gunakan pautan di Hubungi Kami- https://www.listerine.com.my/ms/hubungi-kami

24. Kenyataan Pandang ke Depan. Kenyataan yang tertera di Perkhidmatan yang berkenaan dengan kami, anggota gabungan kami atau pengurusan kami atau mereka dan bukanlah fakta sejarah adalah “Kenyataan Pandang ke Depan”. Kenyataan Pandang ke Depan hanyalah jangkaan, dan peristiwa masa depan sebenar mungkin jelas berbeza daripada yang dibincangkan dalam Kenyataan Pandang ke Depan. Pelbagai faktor dan risiko luaran mempengaruhi operasi, pasaran, produk, perkhidmatan dan harga kami. Faktor dan risiko ini adalah dibutirkan dalam laporan tahunan semasa kami yang difailkan melalui sistem SEC EDGAR yang terdapat di www.sec.gov, atau anda boleh mendapatkan pemfailan ini secara terus daripada kami tanpa bayaran. Kami menafikan sebarang kewajipan atau tanggungjawab untuk mengemaskini, menyemak atau menambah sebarang Kenyataan Pandang ke Depan atau kenyataan lain yang terdapat di Perkhidmatan.

25. Terma Penting Lain. Persetujuan ini tidak, dan tidak boleh dianggap sebagai, membuat sebarang hubungan perkongsian, usahasama, pekerja-pekerja, agensi atau pemberi-penerima francais antara anda dengan kami. Persetujuan ini adalah antara anda dan kami. Melainkan seperti yang dinyatakan pada Bahagian 17, 18 dan 25, tiada individu lain yang akan mempunyai hak untuk meguatkuasakan mana-mana terma Persetujuan ini. Jika mana-mana peruntukan Persetujuan ini didapati melanggar undang-undang, tidak sah atau atas apa sebab sekalipun tidak boleh dilaksanakan, peruntukan itu dianggap boleh diasingkan daripada Persetujuan dan tidak akan memberi kesan kepada kesahan dan kebolehlaksanaan peruntukan lain. Anda tidak boleh melantik, memindah atau memberi sublesen sebarang atau kesemua hak atau kewajipan anda di bawah Persetujuan ini tanpa keizinan bertulis daripada kami terlebih dahulu. Kami boleh melantik, memindah atau memberi sublesen sebarang atau kesemua hak atau kewajipan kami di bawah Persetujuan ini tanpa halangan. Tiada penepian oleh kedua-dua pihak untuk sebarang pelanggaran atau kelalaian di bawah Persetujuan ini akan dianggap sebagai penepian buat pelanggaran atau kelalaian terdahulu atau terkemudian. Sebarang tajuk, kapsyen, atau tajuk bahagian yang terkandung di sini adalah untuk kemudahan saja, dan tidak dalam apa cara sekalipun menakrif atau menjelaskan sebarang bahagian atau peruntukan. Kesemua terma yang ditakrif dalam nilai mufrad akan mempunyai makna yang sama bila digunakan dengan nilai jamak, di mana bersesuaian dan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sebarang penggunaan terma “termasuk” atau bersamaan maksudnya di dalam Persetujuan ini akan dianggap bagaikan diikuti frasa “tanpa had.” Persetujuan ini, termasuk sebarang terma dan syarat yang digabungkan di dalamnya, adalah keseluruhan persetujuan antara anda anda dan kami berkaitan dengan perkara teras Persetujuan ini dan, jika tiada penipuan, menggantikan sebarang dan kesemua persetujuan bertulis atau lisan sezaman atau persefahaman antara anda dan kami berkaitan perkara teras berkenaan. Makluman kepada anda (termasuk makluman perubahan kepada Persetujuan ini) boleh dibuat melalui pos di Perkhidmatan atau melalui emel (termasuk dalam setiap kes melalui pautan) , atau melalui mel biasa. Tanpa pengehadan, versi tercetak Persetujuan ini dan sebarang makluman yang diberi dalam bentuk elektronik akan diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berdasarkan atau berkaitan dengan Persetujuan ini ke takat yang sama dan tertakluk kepada syarat sama seperti dokumen dan rekod perniagaan lain yang asalnya dihasilkan dan dikekalkan dalam bentuk tercetak. Kedua-dua pihak tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan untuk memenuhi sebarang kewajipan berpunca daripada akibat di luar kawalan.

26. Terma Yang Dikehendaki Apple. Tambahan kepada persetujuan anda dengan terma dan syarat sebelum ini, dan tidak mengira apa-apa yang bertentangan di sini, peruntukan berikut akan digunapakai mengikut penggunaan anda akan sebarang versi Aplikasi yang bersesuaian dengan sistem operasi iOS Apple Inc. (“Apple”). Apple bukanlah pihak dalam Persetujuan ini dan tidak memiliki dan tidak bertanggungjawab ke atas Aplikasi ini. Apple tidak memberikan sebarang jaminan untuk Aplikasi kecuali, jika berkenaan, untuk memulangkan harga pembeliannya. Apple tidak bertanggungjawab untuk penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan lain untuk Aplikasi dan tidak akan bertanggungjawab untuk tuntutan, kerugian, liabiliti, kerosakan, kos atau perbelanjaan lain berkaitan dengan Aplikasi, termasuk sebarang tuntutan liabiliti produk pihak ketiga, tuntutan bahawa Aplikasi gagal untuk mengikut mana-mana keperluan perundangan atau kawal selia, tuntutan yang timbul di bawah perlindungan pengguna, privasi atau perundangan (termasuk yang berkaitan dengan sebarang penggunaan Aplikasi ke atas rangka kerja Apple Health Kit atau HomeKit), dan tuntutan berkaitan dengan pelanggaran hakmilik intelektual. Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan penggunaan Aplikasi, termasuk yang berkenaan dengan hakmilik intelektual, mestilah ditujukan kepada Syarikat mengikut bahagian “Maklumat atau Aduan” di atas. Lesen yang diberikan kepada anda di sini adalah terhad kepada lesen tidak boleh pindah untuk menggunakan Aplikasi pada produk berjenama Apple yang menggunakan sistem operasi iOS Apple dan dimiliki atau dikawal oleh anda, atau sebagaimana dibenarkan oleh Peraturan Penggunaan yang ditetapkan oleh Terma Perkhidmatan App Store Apple, kecuali jika Aplikasi boleh diakses atau diguna oleh akaun lain yang berkaitan dengan pembeli melalui Kongsian Keluarga atau belian banyak. Tambahan lagi, anda mesti mengikuti terma atau mana-mana perjanjian pihak ketiga yang terpakai buat anda apabila anda menggunakan Aplikasi, seperti persetujuan perkhidmatan data wayarles anda. Apple dan subsidiari Apple adalah benefisiari pihak ketiga Persetujuan ini dan, atas penerimaan terma dan syarat anda atas Persetujuan ini, akan mempunyai hak (dan akan dianggap telah menerima hak ini) untuk menguatkuasa Persetujuan ini ke atas anda sebagai benefisiari pihak ketiga dari sini; tidak mengira perkara sebelumnya, hak Syarikat untuk memasuki, menarik balik atau melupuskan sebarang variasi, penepian atau penyelesaian di bawah Persetujuan ini adalah tidak tertakluk kepada keizinan pihak ketiga.