5 RAWATAN TERBAIK UNTUK MULUT BERBAU

Kekalkan Kebersihan Oral Yang Baik

Jika anda masih tidak berjaya melawan mulut berbau, ia mungkin berpunca daripada rutin anda. Tanya diri anda, “Adakah saya memberus, flos, dan berkumur dengan tetap?” Jika jawapannya adalah tidak, sekarang masa terbaik untuk memulakannya. Langkah-langkah berikut akan membantu mengurangkan nafas “Gred D” anda dengan menghapuskan pengumpulan bakteria. Jangan sekadar memfokus pada gigi anda semata-mata. Berikan sedikit perhatian kepada lidah anda, kerana ia mungkin mengandungi sisa makanan yang mereput serta bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Menghapuskan pengumpulan bakteria ini juga akan membantu mengurangkan plak. Ingat, sekadar memberus hanya membersihkan 25% daripada mulut anda. Jadi pastikan anda memflos dan berkumur dua kali sehari dengan Pengkumur Mulut LISTERINE® untuk hasil terbaik.

Berjumpa Doktor Gigi Anda dengan Tetap

Mungkin anda sudah mengamalkan kebersihan oral yang baik, tetapi nafas anda masih menyebabkan orang memalingkan wajah mereka dari anda. Mungkin tiba masanya untuk mendapatkan bantuan profesional. Doktor gigi anda bukan sahaja akan memberikan gigi anda sentuhan pakar, beliau juga akan melakukan pemeriksaan mulut untuk mengesan dan merawat penyakit periodontal dan masalah-masalah lain.

Berhenti Merokok dan Mengunyah Tembakau

Tanpa meneliti kesan sampingan serius penggunaan tembakau, paling sedikit pun merokok akan menghadiahi anda nafas perokok. Seperti mana ketagihan lain juga, berhenti merokok jauh lebih sukar daripada yang kita jangkakan. Maka, dapatkan nasihat doktor anda tentang cara melawan tabiat ini.

Minum Banyak Air

Air—ia sejuk, menyegarkan dan melainkan anda tersesat di padang pasir atau di laut, air boleh didapati dengan mudah dan dalam kuantiti yang banyak di sekeliling kita. Jadi manfaatkan ia sebaiknya. Meminum air bukan sahaja mencegah mulut kering yang menyebabkan mulut berbau, ia juga membersihkan sisa dan baki makanan sebelum ia terurai dan menyebabkan bahagian dalam mulut anda berbau seperti baja asli dari kandang lembu.

Kunyah Gula-gula Getah

Doktor gigi mencadangkan memberus, memflos dan berkumur dua kali sehari untuk kebersihan oral yang optimum. Jadi, apakah yang anda boleh lakukan antara pembersihan ini, misalnya jika anda baru sahaja memakan sandwic daging dan keju dengan bawang ekstra dalam perjalanan ke kelas CPR yang anda ajar? Mulalah mengunyah. Mengunyah gula-gula getah membantu mulut anda menghasilkan air liur yang membantu membersihkan makanan dan bakteria daripada gigi, gusi dan lidah anda. Cuma pastikan anda memilih yang bebas gula kerana jika tidak, anda akan meningkatkan risiko gigi reput.