NAFAS SEGAR: SOALAN LAZIM

Mungkinkah Mulut Berbau Menandakan Wujudnya Masalah Kesihatan?

Ya, mulut berbau yang berpanjangan mungkin kesan sampingan daripada keadaan kesihatan yang lain. Sakit-sakit biasa seperti refluks asid dan pedih ulu hati boleh meninggalkan rasa kurang enak dalam mulut anda. Dalam kes lain, penumpukan bakteria dan lendir daripada jangkitan sinus juga boleh menjadi puncanya. Mulut yang berbau seperti buah-buahan yang tidaklah begitu mengganggu atau busuk adalah antara tanda penyakit kencing manis, sementara bau ammonia yang tajam pula dikaitkan dengan penyakit buah pinggang.

Penyakit periodontal seperti gingivitis boleh menyebabkan nafas berbau kerana kewujudan bakteria yang berlebihan di dalam mulut. Juga, keadaan mulut kering yang menyebabkan pengurangan air liur, akan menyebabkan mulut anda tidak mampu mengusir bakteria dan sisa makanan secara semula jadi dari gusi dan gigi anda sebelum ia terurai dan mula mereput.

Maklumi doktor gigi anda jika anda khuatir bahawa keadaan mulut berbau anda mungkin satu tanda bagi isu yang lebih besar, atau jika anda tidak mampu menanganinya sendiri dengan hanya memberus, memflos, dan berkumur.

Apakah Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Mulut Berbau?

Tiada yang dapat menandingi tembakau apabila bercakap tentang tabiat yang menyebabkan mulut berbau. Perlakuan merokok itu sendiri, belum lagi risiko kesihatan yang berkaitan dengannya, sudah cukup untuk menyebabkan mulut anda berasa—dan berbau—seperti tempat abu rokok. Diet yang tinggi kandungan gula juga tidak membantu. Bakteria semula jadi di dalam mulut anda akan berpesta dengan lebihan gula serta menghiasi gigi dan gusi anda dengan penumpukan bakteria. Diet rendah karbohidrat juga menggandakan risiko mulut berbau kerana badan anda akan meningkatkan penghasilan ammonia untuk memetabolismekan makanan. Mereka yang berpuasa atau kerap tidak makan dengan teratur pula menghadapi risiko yang berbeza: perlakuan mengunyah membantu merangsang air liur, yang mencegah mulut anda daripada menjadi kering dan berbau basi. Apabila anda berhenti untuk jangka masa yang lama, mulut anda akan mula berbau. Mulut kering juga berlaku pada mereka yang biasa bernafas menerusi mulut, sekali gus mendedahkan mereka kepada keadaan mulut berbau. Akhir sekali, orang yang terlalu stres juga mungkin akan mengalami mulut berbau.

Adakah Gula-Gula Getah Mampu Mengusir Mulut Berbau?

Ya dan tidak. Oleh sebab mulut berbau sering berpunca daripada mulut yang kering, mengunyah gula-gula getah tanpa gula boleh menjadi cara merangsang kelenjar air liur yang berkesan. Ia bukan sahaja boleh menghilangkan bakteria, air liur juga membantu mengusir partikel makanan yang tidak dikehendaki dari mulut anda sebelum ia dapat diuraikan di dalam mulut anda.

Bagaimanapun, gula-gula, gula-gula getah dan gula-gula rasa pudina yang sarat dengan gula tidak akan dapat membantu. Ia menutup bau tetapi tidak banyak membantu dalam membunuh bakteria yang menyebabkan mulut anda berbau. Ini kerana gula melekat pada gigi dan gusi anda dan ia akan terurai hingga mengakibatkan bau tambahan dan meningkatkan pembentukan plak. Lebih banyak plak bermakna lebih kuat mulut berbau.

Ikhtiar anda yang terbaik adalah memberus, flos dan berkumur dua kali sehari. Ini akan memastikan gigi anda kekal sebersih yang boleh.

Adakah Pengkumur Mulut Menyebabkan Mulut Berbau?

Tiada pengkumur mulut yang akan menyebabkan mulut anda berbau melainkan ia diperbuat dengan bawang putih atau keju biru. Malah, kajian menunjukkan bahawa Pengkumur Mulut Listerine® mungkin membantu mempercepat aliran air liur sekali gus mencegah mulut kering (yang dikaitkan dengan mulut berbau). Untuk hasil terbaik, gunakan Pengkumur Mulut Listerine® dua kali sehari seperti yang diarahkan, untuk perlindungan 24 jam daripada bakteria.