Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

Cara Mengelakkan Mulut Berbau

Setiap orang pernah mengalami mulut berbau pada satu-satu masa. Ia memang berlaku, tetapi ia boleh dielakkan. Pelajari beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mencegah situasi memalukan:

Kekalkan Kebersihan Oral Yang Baik

Image

Ini adalah kunci utama untuk menentang mulut berbau, namun ramai orang terlepas pandang. Sebaik-baiknya, anda perlu memberus dan flos setiap kali selepas makan. Ini akan mengurangkan bakteria penyebab bau di dalam mulut anda. Susuli tindakan ini dengan berkumur dua kali sehari untuk mencegah gigi berlubang dan mengurangkan bakteria penyebab plak. Gunakan pengkumur mulut Listerine® yang membunuh bakteria, dan bukan sekadar pencuci mulut kosmetik yang hanya menyembunyikan bau tetapi tidak mengatasi puncanya.

Perhatikan Makanan Anda

Image

Semua yang anda makan akan diserap ke dalam saluran darah dan akan muncul kembali apabila anda bernafas dan bercakap. Bahan-bahan dengan aroma menusuk hidung seperti bawang putih, bawang merah dan makanan pedas lain adalah penyumbang utama kepada mulut berbau. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan herba seperti daun saderi, lobak dan pasli —kandungan airnya yang tinggi akan membersihkan mulut anda daripada sisa-sisa makanan.

Minum air

Image

Jika anda tidak dapat memberus, flos atau berkumur selepas makan, meminum air boleh membantu membersihkan bakteria dan sisa makanan dari mulut anda sebelum ia mula menyebabkan masalah. Air adalah ideal. Jauhi soda—semua gula berlebihan itu akan melekat pada gigi dan gusi anda, bercampur dengan sisa makanan anda dan menyebabkan mulut berbau.

Kunyah Benda Yang Betul

Image

Mengunyah seketul gula-gula getah tanpa gula selepas makan boleh membantu menyegarkan nafas anda dan mengekalkan aliran air liur, supaya mulut anda boleh membuang bakteria dan sisa makanan secara semula jadi. Gula-gula getah yang dimaniskan dengan xilitol 100% juga mampu membantu mengurangkan gigi berlubang. Berhati-hati dengan gula-gula berpudina: paling kuat pun ia cuma boleh menutup nafas berbau, dan paling teruk ia penuh dengan gula yang akan melekat pada gigi anda dan menambahkan masalah anda.

nafas-pagi.jpg

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

new-product-range.png

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan Senarai5 Rawatan Terbaik Untuk Nafas Berbau

Baca Lebih Lanjut

Soalan LazimGula-Gula Getah Mampu Mengusir Mulut Berbau?

DAPATKAN MAKLUMAT

Soalan LazimPengkumur Mulut Menyebabkan Mulut Berbau?

DAPATKAN MAKLUMAT

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.