Gaya Hidup Yang Membawa Kepada Mulut Berbau

Apabila rutin memberus, memflos dan berkumur yang kerap tidak mampu melawan nafas berbau anda, maka sampai masanya untuk anda bertanyakan soalan-soalan sukar berkaitan gaya hidup dan tabiat anda.

Bagaimanakah Diet Anda?

Makanan bergula jelas merupakan masalah dan sepatutnya dikenali sedemikian. Bakteria semula jadi di dalam mulut sememangnya gemar menukarkan makanan manis menjadi bau yang tidak menyenangkan. Makanan berasid boleh melemahkan enamel, menyebabkan gigi anda terdedah kepada jangkitan dan mulut berbau. Kenyataan bahawa makanan berlemak dan berprotein tinggi selalunya tidak dihadamkan sepenuhnya ditampilkan oleh gas sulfurus yang biasanya dibebaskan apabila kedua-duanya tidak dimetabolismekan. Anda perlu memikirkan semasak-masaknya jika mahu mengurangkan pengambilan karbohidrat. Tanpanya, tubuh anda akan mula mencernakan lemak dan protein untuk tenaga dan menghasilkan nafas yang tidak segar. Cara terbaik adalah: cuba amakan diet seimbang dan sihat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi seperti nenas, kiwi dan sayur-sayuran hijau.

Adakah Anda Tertekan?

Percaya atau tidak, keresahan bukan sekadar menyebabkan tapak tangan berpeluh atau jantung berdegup kencang. Nafas apabila panik juga boleh mengeringkan mulut anda dan menyebabkan aroma yang keluar membimbangkan. Berpuasa juga boleh menjejaskan pencernaan anda apabila ia mengurangkan enzim dalam perut. Tanpanya, mana-mana makanan yang tidak dicernakan akan membebaskan aroma yang akan keluar melalui mulut.

Berapa Kerapkah Anda Minum Alkohol?

Lebih kerap anda minum, lebih tinggi kemungkinan mulut anda berbau. Ini kerana alkohol bukan sahaja menyebabkan mulut kering, ia juga membolehkan bakteria tetap tinggal di dalam mulut sehingga 10 jam selepas anda minum.

Adakah Anda Gilakan Kopi?

Kopi mungkin satu kemestian pada setiap pagi, namun kafein di dalam kopi mengurangkan penghasilan air liur di dalam mulut. Air liur yang kurang bermakna bakteria penyebab mulut berbau akan meningkat. Ia juga bermakna sebarang sisa makanan yang tertinggal daripada makanan terakhir yang anda nikmati akan mula diuraikan di dalam mulut anda. Pilihan terbaik anda adalah memberus dan memflos gigi anda selepas makan.