Masalah Kesihatan Biasa Yang Menyebabkan Mulut Berbau

Orang kebiasaannya cepat menyalahkan punca biasa seperti bawang, bawang putih dan kopi. Namun kadangkala ini bukanlah puncanya. Malah, ia juga mungkin tidak berkait dengan makanan. Cuba teliti beberapa punca mulut berbau yang kurang diketahui:

Masalah Perut

Penghadaman yang kurang sempurna, sembelit atau gangguan usus boleh menjadi punca bau makanan yang anda makan datang kembali ke dalam mulut anda. Satu lagi masalah pencernaan biasa berpunca daripada ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat di dalam usus; makanan yang tidak diuraikan dengan betul sehingga berlaku refluks asid, pertumbuhan yis berlebihan atau penapaian—juga dikenali sebagai mulut berbau. Untuk mengatasi ketidakseimbangan ini, gunakan probiotik.

Sinus

Apabila hidung anda mula berair, nafas anda juga boleh menjauhkan orang dari anda. Ini kerana mukus berlebihan biasanya akan menitis di belakang tekak anda dan membolehkan bakteria berkumpul dan membiak lalu mengakibatkan mulut berbau. Dalam kes jangkitan sinus, mukus berhenti beredar lalu terkumpul sekali gus membolehkan bakteria terkumpul dan mengakibatkan mulut anda dipenuhi bau busuknya. Jika anda fikir masalah mulut berbau anda diakibatkan oleh masalah sinus, anda perlu berjumpa doktor yang mungkin akan menggalakkan anda bertemu pakar telinga, hidung dan tekak.

Diabetes

Oeh sebab diabetes menyebabkan tahap gula anda turun naik, ia juga boleh mendedahkan mulut anda kepada penyakit gusi yang menyebabkan mulut berbau. Glukos tambahan pada gigi dan gusi meningkatkan jumlah bakteria, yang boleh mengakibatkan penyakit gusi, gingivitis dan jangkitan. Situasi ini boleh menjadi lebih teruk daripada hanya mulut berbau—keradangan akibat penyakit ini boleh menjejaskan metabolisme anda dan membuatkan diabetes anda semakin teruk.

Ubat-ubatan

Kadangkala apa yang kita ambil untuk menyelesaikan satu masalah akhirnya mewujudkan masalah yang lain pula. Dalam hal ini, sesetengah ubat termasuklah untuk darah tinggi, antihistamin dan antidepresi, boleh menyebabkan xerostomia, atau mulut kering. Mulut kering yang gemar merencatkan penghasilan air liur adalah penyumbang terbesar kepada mulut berbau. Sesetengah ubat juga mungkin membebaskan bahan kimia yang mempunyai aromanya tersendiri langsung ke dalam mulut anda.