Jika anda merokok, anda mendedahkan gusi dan mulut anda pada risiko jangkitan yang lebih tinggi. Risiko penyakit gusi pada seorang perokok adalah dua kali lebih tinggi berbanding bukan perokok. Ini kerana apabila anda merokok, penentang jangkitan dalam badan anda akan menjadi lemah sekali gus melemahkan sistem pertahanan badan anda. Ini bermakna anda perlu berusaha lebih keras untuk melawan penyakit gusi. Ada insentif yang baik untuk berbuat demikian—merokok boleh menguningkan gigi dan mendedahkan anda kepada risiko tompok putih di dalam mulut yang dikenali sebagai leukoplakia. Jika anda merokok, ikuti langkah-langkah dan petua ini untuk mengekalkan kebersihan mulut.
Apakah itu Halitosis?
Masalah Kesihatan Biasa Yang Menyebabkan Nafas Berbau
Apakah Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Mulut Berbau?
Pencuci Mulut Menyebabkan Mulut Berbau?