Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

Punca Utama Penyakit Gusi (Dan 7 Kemungkinan Lain)

#1 Plak

Penyakit gusi lazimnya berpunca daripada plak—sejenis lapisan tebal bakteria yang terbentuk di atas gusi dan gigi yang boleh dicegah dengan memberus, memflos dan berkumur setiap hari. Jika anda termasuk dalam kategori ini, anda tidak keseorangan—terdapat berjuta-juta orang dewasa yang menderita penyakit gusi pelbagai peringkat. Walaupun begitu: penyakit gusi peringkat awal boleh dipulihkan—dan kini adalah masa yang sesuai untuk mengamalkan tabiat baru yang sihat. Pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan juga amat penting.

#2 Merokok

Merokok mengganggu fungsi normal sel tisu gusi dan menyebabkan mulut anda kurang daya tahan terhadap jangkitan seperti penyakit gusi.

#3 Perubahan Hormon

Peningkatan atau penurunan hormon apabila anda mengandung atau sewaktu kitaran haid biasa setiap bulan menyebabkan gusi lebih terdedah kepada penyakit gusi Keadaan mengandung tidak memestikan anda mengalami masalah gigi atau gusi secara automatik. Anda hanya perlu lebih menitikberatkan penjagaan mulut dalam tempoh ini bagi mengekalkan kesihatan mulut anda. Antara perkara luar biasa yang boleh dijangka sewaktu mengandung adalah radang gusi yang menyakitkan, bengkak dan merah dan berdarah sedikit apabila diberus atau diflos (jika anda mengalami simptom ini, jangan bimbang, ia biasanya akan hilang selepas bersalin).

#4 Ubat Preskripsi

Ubat-ubatan mungkin mempunyai kesan sampingan yang merencatkan penghasilan dan pengaliran air liur sehingga menyebabkan mulut kering dan bakteria boleh merebak dengan mudah. Jika anda khuatir tentang status gusi anda, dapatkan pandangan doktor berkenaan ubat yang anda ambil.

#5 Kekurangan Zat

Mendapatkan semua bekalan vitamin harian adalah mencabar. Namun, kekurangan vitamin C boleh memudaratkan gusi anda khususnya. Kombinasi diet yang tinggi kandungan gula serta karbohidrat, kekurangan air dan vitamin C memang akan menimbulkan masalah gusi.

#6 Gigi Tak Teratur

Jika anda mengalami situasi biasa seperti gigi berlapis, tak teratur atau berpusing, ia lebih mudah mengundang penyakit gusi. Ini kerana ketidakaturan ini mewujudkan lebih banyak ruang yang boleh membentuk plak dan membahayakan gusi dan gigi anda. (Petua: Berikan perhatian yang lebih apabila memberus dan memflos di kawasan tersebut.)

#7 Sejarah Keluarga

Jika keluarga anda mempunyai sejarah penyakit gusi, perkara ini perlu dimaklumkan kepada doktor gigi anda kerana ia meningkatkan risiko kehadiran jangkitan bakteria pada diri anda.

penyakit-gusi.jpg

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

product-range-tout-image.png

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan senarai5 Makanan Yang Tidak Disangka Mensabotaj Gusi Anda

Baca Lebih Lanjut

Suapan senarai5 Tabiat Biasa Yang Memudaratkan Mulut Anda

Baca Lebih Lanjut

Suapan senarai4 Petua Melawan Penyakit Gusi

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.