Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

5 Tabiat Biasa Yang Memudaratkan Mulut Anda

Anda Seorang Penggemar Wain (Putih)

Image

Wain merah boleh mengubah warna gigi, tetapi tahukah anda wain putih sebenarnya boleh merosakkan gusi anda kerana kandungan asidnya yang tinggi? Penyelesaian yang mudah adalah dengan memastikan anda berkumur dua kali sehari dengan pencuci mulut.

Anda Suka Menggigit Kuku

Image

Sama ada menggoyang-goyangkan kaki atau memicit-micit tangan sendiri, ramai antara kita mempunyai tabiat tertentu akibat tertekan. Jika tabiat anda adalah menggigit kuku, sebenarnya anda mengundang pelbagai jenis kuman dan kotoran di bawah kuku ke dalam mulut anda setiap kali anda menggigit dan mengunyah kuku sendiri.

Anda Kesuntukan Masa

Image

Penjagaan mulut tidak boleh diabaikan walaupun anda terlalu sibuk atau terlalu penat Kita mungkin kadangkala malas dalam rutin penjagaan mulut kita, namun hakikatnya, sikap sambil lewa dalam memberus, memflos dan berkumur sekali-sekala sahaja akan membolehkan pembentukan tartar, yang kemudian membawa kepada kerosakan gigi.

Anda Suka Mencungkil Gigi

Image

Kayu kecil ini, apabila digunakan dengan betul, boleh membersihkan bahagian di celah-celah gigi anda. Namun pencungkil gigi sering kali digunakan dengan cara yang tidak mendatangkan kebaikan dan merosakkan tisu gusi. Anda lebih selamat jika kekal memberus, memflos dan berkumur bagi mengekalkan kesihatan gusi anda.

Anda Sukakan Lemon

Image

Lemon dan buah-buahan sitrus lain mengandungi asid yang membahayakan tisu gusi, dan boleh merengsakan mulut yang sudah sedia lemah. Jumlahnya dalam diet anda perlu dikawal pada tahap minimum walaupun ia kaya dengan vitamin C yang meningkatkan ketahanan badan dan merupakan antimikrob semula jadi yang membunuh bakteria.

penyakit-gusi.jpg

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

product-range-tout-image.png

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan senarai4 Petua Melawan Penyakit Gusi

Baca Lebih Lanjut

Suapan senarai5 Jenis Makanan Untuk Gusi Lebih Sihat

Baca Lebih Lanjut

Fakta MulutKepentingan Air Liur Dalam Kesihatan Oral

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.