Melindungi Gigi Apabila Anda Memakai Pendakap Gigi

Apabila anda memakai pendakap gigi, membersihkan mulut menjadi lebih sulit tetapi ia masih boleh dilakukan jika anda menumpukan perhatian.

Cabaran utama apabila anda memakai pendakap gigi adalah sisa makanan mudah terperangkap dan melekat pada gigi. Apabila gula dan kanji bertukar menjadi asid yang mengakis dan terperangkap di sebalik pendakap gigi di tempat yang sukar dicapai oleh berus gigi dan flos, ia boleh membawa kepada kerosakan gigi yang menghilangkan mineral penguat gigi seperti kalsium dan fosfat daripada enamel.

Pertahanan terbaik pemakai pendakap gigi daripada kerosakan gigi yang boleh mengakibatkan kaviti adalah menggunakan pengkumur mulut fluorida antikaviti seperti kumuran LISTERINE®. Ia bahagian penting daripada keseluruhan rutin penjagaan gigi anda kerana pengkumur mulut antikaviti LISTERINE® mampu mencapai tempat yang mungkin tidak dapat dibersihkan dengan memberus dan flos sahaja. Jangan mengelak daripada membersihkan gigi hanya kerana ia lebih sukar; memberus gigi dengan ubat gigi fluorida dua kali sehari, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut LISTERINE® bukanlah mustahil untuk dilakukan.