Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

Kesan Gigi Berlubang Dari Awal: Waspada Terhadap 5 Tanda Ini

Kaviti adalah bahagian gigi yang rosak dan ia boleh menunjukkan dirinya dengan pelbagai cara yang bergantung pada tahap keseriusan dan kedudukannya di dalam mulut. Kebiasaannya simptom tidak dapat dikesan sehinggalah kawasan yang rosak menjadi lebih besar. Jika dan apabila simptom ini muncul, antara tandanya termasuklah:

#1 Kesensitifan Gigi

Rasa sakit ini boleh jadi sedikit atau lebih teruk, dan ia menyerang apabila anda makan atau minum minuman yang amat sejuk atau amat panas. Makanan atau cecair yang terlampau manis juga boleh mencetuskan sensasi yang menyakitkan ini.

#2 Lubang pada Gigi

Apabila anda ada kaviti, anda mungkin boleh melihat lubang pada gigi di tempat kerosakan gigi berlaku.

#3 Sakit Gigi

Ia boleh jadi sakit yang sedikit atau melampau. Rasa sakit ini lebih jelas apabila anda menggigit.

#4 Perubahan Warna

Kesan gelap yang kelihatan kecoklatan atau hitam juga satu lagi petanda kehadiran kaviti.

#5 X-ray

Kerap kali, tiada sebarang tanda amaran seperti rasa sakit atau lubang untuk memberitahu yang anda mempunyai kaviti. Masalah ini dikesan melalui imbasan X-ray semasa berjumpa doktor gigi. Ini satu lagi sebab untuk terus menjadualkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali.

masalah-kaviti.png

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

products-group-tout

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan senaraiElakkan 7 Perkara Yang Merosakkan Enamel Ini

Baca Lebih Lanjut

Suapan senaraiJauhi 6 Makanan dan Minuman Yang Menjejaskan Gigi Ini

Baca Lebih Lanjut

Fakta MulutAdakah Anda Mengalami Hakisan Enamel?

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.