Skip to main content
Malay
Laman Utama
  • Produk
  • Penjagaan Gusi
  • Nafas Yang Segar​
  • Kaviti & Gigi Yang Kuat​
  • Pemutihan Yang Sihat
  • Kensensitifan Gigi
  • Pakar Mulut Anda
  • Kelestarian Kami
  • RESPONS KAMI TERHADAP COVID-19
    GUNA SEPERTI YANG DIARAHKAN
    MANFAAT PRODUK KAMI
    SOALAN-SOALAN LAZIM YANG LAIN

Elakkan 7 Perkara Ini Yang Merosakkan Enamel

Terdapat sebilangan tabiat harian yang boleh merosakkan mulut anda, tetapi berwaspadalah terhadap 7 perkara ini yang boleh merosakkan gigi anda.

1. Menggigit Pen

Kebanyakan orang pernah mempunyai keinginan untuk mengunyah penutup botol soda atau air. Namun kelakuan ini boleh menimbulkan masalah kepada gigi kita.

2. Membuka Pembalut Makanan dengan Gigi

Kita semua pernah terpaksa menggunakan gigi kita untuk membuka bungkusan daripada bungkusan kerepek sehinggalah kepada pembalut gula-gula. Namun demi gigi anda, elakkan perlakuan ini dan ambillah sedikit masa untuk mencari perkakas lain selain daripada gigi anda untuk membuka bungkusan itu.

3. Menggeser Gigi

Sesetengah orang mempunyai reaksi semula jadi kepada keresahan yang melibatkan perlakuan menggeser gigi, sama ada sewaktu tidur atau jaga. Apabila anda menggeserkan gigi anda ke depan dan ke belakang, ini boleh menghauskan gigi anda, sama seperti mengetap gigi anda. Menggeserkan gigi juga menghauskan enamel dan membawa kepada kerosakan gigi. Jika anda menghadapi masalah untuk berhenti menggeser dan mengetap gigi, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada pelindung gigi adalah pilihan yang baik untuk anda.

4. Elakkan Pemutihan Gigi Yang Melampau

Sekarang di farmasi boleh didapati banyak produk pemutihan gigi yang mudah digunakan, selamat dan berkesan. Jangan terlalu banyak bertukar-tukar produk dan terus gunakan produk yang tertentu sahaja yang anda sukai, dan ikuti arahan penggunaannya. Jika anda terlalu kerap memutihkan gigi anda dengan terlalu banyak produk, gigi anda akan menjadi sensitif. Jika anda mempunyai enamel yang haus atau gigi yang sensitif, pemutihan bukan suatu amalan yang baik buat anda dan ia boleh memberikan kesan buruk kepada gigi yang sudah sedia lemah. Jika anda risau tentang gigi atau gusi anda, eloklah anda berjumpa doktor gigi anda terlebih dahulu untuk memastikan sama ada pemutihan gigi adalah selamat buat anda.

5. Bertindik Pada Lidah

Memakai barang kemas di dalam mulut anda boleh menghakis dan menyumbingkan gigi anda hingga menyebabkan enamel haus dan memerlukan rawatan yang mahal.

6. Merokok

Apabila terdapat kesan warna pada gigi, ia bukan sahaja kelihatan buruk dan tidak menawan, tetapi juga melemahkan gigi anda dalam menahan serangan bakteria yang merosakkan.

7. Ubat-ubatan

Jangan tidak tahu, sesetengah ubat atas kaunter tanpa preskripsi seperti ubat batuk sebenarnya sarat dengan gula dan antihistamin, dan boleh mengakibatkan mulut kering lalu membawa kepada kerosakan gigi.

masalah-kaviti.png

KETAHUI CARANYA DENGAN PAKAR MULUT ANDA

MENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA
Kepentingan BerkumurMENGGOSOK GIGI HANYA MEMBERSIHKAN 25% MULUT ANDA

LIHAT KEPENTINGAN BERKUMUR

products-group-tout

LIHAT SEMUA PRODUK

Suapan senaraiJauhi 6 Makanan dan Minuman Yang Menjejaskan Gigi Ini

Baca Lebih Lanjut

Fakta MulutAdakah Anda Mengalami Hakisan Enamel?

Baca Lebih Lanjut

Suapan senarai4 Cara Ibu Bapa Boleh Memastikan Anak-anak Berkumur

Baca Lebih Lanjut

Produk
  • Soalan Lazim
Company
  • Perihal LISTERINE®
  • Hubungi Kami
  • Peta Laman
Terma Penggunaan
  • Notis Privasi
  • Notis Undang-undang

Guna semua produk seperti diarahkan.

© JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd. 2023. Hak cipta terpelihara. Laman ini diterbitkan oleh JNTL (Malaysia) Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan laman ini. Laman ini dibangunkan untuk pelawat-pelawat dari Malaysia. Laman ini mengandungi pautan ke laman web yang tidak mengguna pakai Notis Privasi kami. Kami menggalakkan anda supaya membaca Notis Privasi setiap laman web yang ana lawati. Laman ini dikemaskini kali terakhir pada: [Julai 06, 2026]

Penafian: Nasihat pergigian yang diberikan di laman ini tidak boleh dianggap sebagai gantian kepada diagnosis, rawatan, atau nasihat perubatan dan pergigian profesional.

Sentiasa dapatkan pandangan doktor anda, profesional pergigian, atau ahli pakar kesihatan berkelayakan jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan status kesihatan atau pergigian.