Skip to main content

GUSI & PENYAKIT GUSI: SOALAN LAZIM

Apakah Lapisan Melekit Yang Ada Pada Gusi Saya Apabila Bangun Pagi?

Lapisan nipis bakteria yang dikenali sebagai biofilem boleh melekat pada hampir semua jenis permukaan. Inilah sebabnya gusi dan gigi anda berasa seperti diselaputi lendir apabila anda bangun pagi. Biofilem adalah normal dan ia berlaku pada semua orang—walaupun anda memberus, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut antiseptik. Namun jika anda tidak menyingkirkan biofilem ini pada setiap hari, ia boleh terkumpul dan membentuk plak gigi.

Plak gigi yang boleh menjadi penyakit gusi terdiri daripada sekumpulan bakteria jahat (jenis yang hidup dengan memakan gula yang melekat pada gusi dan gigi lalu bertukar menjadi asid yang merosakkan gigi) dan sekumpulan bakteria baik (yang menjadikan biofilem kurang menarik kepada bakteria yang laparkan asid).

Seseorang individu dengan penjagaan oral di rumah yang mantap dengan memberus, flos dan berkumur setiap hari, boleh mengawal dan meminimumkan saiz biofilemnya. Dia juga boleh menjadikannya lebih menyihatkan lagi dengan meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam mulut. Namun apabila anda kurang kerap berkumur atau membersihkan gusi dan gigi anda, biofilem (biasanya berwarna kuning pucat) boleh mengeras menjadi tartar dan menjadi lebih tebal yang kemudiannya hanya boleh dikeluarkan oleh doktor gigi menggunakan peralatan profesional. Kekalkan rutin berkumur anda bagi mengekalkan biofilem anda dalam keadaan yang lebih menyihatkan.

Apakah Kaitan Antara Penyakit Gusi, Gingivitis Dan Periodontitis?

Apabila anda mengambil berat tentang gusi anda dan mula mengkajinya, anda akan merasa keliru dengan pelbagai istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk kepada perkara yang sama iaitu penyakit gusi. Ini adalah kaitan antara istilah-istilah tersebut: Penyakit gusi adalah istilah umum yang meluas dan digunakan untuk menggambarkan jangkitan bakteria di dalam mulut anda. Kedua-dua gingivitis dan periodontitis adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan penyakit gusi—tetapi kedua-duanya tidak boleh ditukar ganti dan tidak merujuk kepada perkara yang sama. Gingivitis adalah penyakit gusi peringkat awal, tidak serius dan boleh dipulihkan. Ia dikenal pasti melalui gusi merah dan bengkak yang berdarah dengan mudah apabila diberus atau diflos. Jika gingivitis tidak ditangani dengan penjagaan mulut yang diperbaik, ia boleh melarat dan berkembang kepada tahap penyakit gusi lebih serius (dan tidak dapat dipulihkan) yang dikenali sebagai periodontitis. Ia menyerang gusi, tulang dan tisu penghubung yang memegang gigi pada tempatnya dan lama-kelamaan menjadi longgar sehingga boleh menyebabkan gigi tercabut. Penyakit gusi adalah punca utama kehilangan gigi. Sebab itulah penyakit gusi perlu ditangani dari awal dengan mengamalkan rutin berkumur yang mampan.

Mengapa Gusi Saya Berdarah?

Dengan meningkatnya usia, setitik dua darah semakin kerap kelihatan di dalam sink selepas memberus dan memflos gigi–ini sangat biasa berlaku sehingga kita tidak menganggapnya sebagai masalah. Namun gusi berdarah adalah tidak normal dan tidak sihat, sekalipun ia berlaku sewaktu pembersihan oleh doktor gigi. Ia petanda gingivitis (penyakit awal gusi) dan mungkin terdapat juga tanda amaran lain yang kita terlepas pandang, seperti gusi rengsa, bengkak dan merah. Berjuta-juta orang dewasa mengalami penyakit gusi dalm pelbagai bentuk, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang menyedarinya kerana rasa sakit pada gusi bukanlah gejala awalnya. Walaupun begitu: penyakit gusi peringkat awal boleh dipulihkan melalui penjagaan mulut harian yang lebih baik dan kekerapan berjumpa doktor gigi bagi membuang plak dan tartar menggunakan peralatan profesional. Namun jika dibiarkan, darah di dalam sinki boleh melarat menjadi penyakit gusi serius (periodontitis) yang menyerang gusi, menghakis tulang rahang dan penyebab utama kehilangan gigi. Jika anda menyedari kehadiran titis darah, jangan tunggu walau sehari pun lagi untuk mula memperbaik rutin memberus, memflos dan berkumur anda.

Mengapa Gusi Saya Mengecut?

Anda sudah mengenali salah satu tanda yang paling jelas bagi penyakit gusi peringkat pertengahan. Ini adalah tanda yang tidak boleh anda abaikan. Gusi anda mula menyusut apabila anda perasan yang sebahagian daripada gusi dan tulang anda mula menjauh dari gigi dan lebih banyak bahagian bawah gigi yang mula kelihatan. Dalam keadaan yang dipanggil gusi mengecut, akar gigi anda menjadi terdedah kepada bakteria yang memudaratkan dan mulut anda mudah terkena pelbagai masalah kesihatan. Penyakit awal gusi adalah yang paling mungkin dihidapi sekiranya gusi merah dan membengkak serta berdarah apabila diberus turut berlaku. Jika tidak dirawat, pengecutan gusi boleh membawa akibat serius yang tidak dapat dipulihkan seperti kehilangan dentin (tisu keras dan padat yang membentuk sebahagian besar gigi di bawah enamel dan memegang gigi anda pada tempatnya), dan akar gigi yang terdedah yang akan menjadi sensitif, sakit atau terkena jangkitan.

Adakah Semua Pengkumur Mulut Merawat Penyakit Gusi?

Periksa bahan-bahan pada botol pencuci mulut anda sebelum membelinya dan cari bahan-bahan pembasmi kuman yang menentang penyakit gusi seperti Pengkumur Mulut Listerine® (yang mengandungi Eucalyptol, Menthol, Methyl Salicylate dan Thymol — empat minyak pati yang terbukti secara klinikal mampu membasmi kuman yang menyebabkan penyakit gusi). Penggunaan kumuran antiseptik dengan tetap akan melawan bakteria yang boleh melekat pada gusi anda lalu membentuk plak. Plak boleh mengeras menjadi tartar jika ia tidak dihapuskan. Sesetengah pencuci mulut juga mengandungi fluorida, yang melindungi gigi daripada kerosakan.

Apakah Peraturan Berkumur?

Pengkumur Mulut Listerine® amat baik digunakan dua kali sehari seperti yang diarahkan. Kombinasi bahan-bahan dalam Pengkumur Mulut Listerine® sangat berkesan dalam membasmi bakteria di atas garisan gusi serta mengeringkan lapisan plak yang melekit dan penyakit awal gusi (gingivitis), yang boleh menjadi penyakit gusi serius jika tidak dirawat (oleh sebab itu berkumur adalah sangat berkesan untuk menanganinya). Gunakan Pengkumur Mulut Listerine® dua kali sehari untuk perlindungan 24 jam daripada bakteria punca penyakit gusi

product-range-tout-image.png

SEE THE LISTERINE®
DIFFERENCE