BAGAIMANA RAWATAN DAN PRODUK PEMUTIHAN BERFUNGSI

Ada dua cara gigi anda boleh berubah warna: kotoran permukaan, yang selalunya berpunca daripada tabiat peribadi, seperti merokok, meminum kopi atau penjagaan gigi yang kurang rapi, dan kekotoran dalaman sampai ke enamel, yang mungkin berpunca daripada trauma pada mulut, ubat-ubatan atau proses penuaan semula jadi.

Anda boleh memutihkan gigi anda dengan menghilangkan kekotoran permukaan ini atau dengan melunturkannya. Bergantung pada kepekatan agen pemutih yang digunakan, sesetengah rawatan cukup kuat sehingga boleh sampai ke dalam enamel gigi untuk mencetuskan reaksi kimia yang menguraikan kandungan kotoran gigi itu. Reaksi ini dikenali sebagai pengoksidaan. Jika kepekatannya tidak cukup tinggi, produk berkenaan mungkin akan hanya merawat permukaan gigi sahaja.

Pemutihan Oleh Doktor Gigi Profesional

Kelebihan mendapatkan rawatan gigi oleh doktor gigi adalah mulut anda biasanya akan diperiksa dan dibersihkan dengan rapi sebelum rawatan dilakukan. Pembersihan di klinik gigi selalunya menggunakan hidrogen peroksida. Biasanya prosedur ini dilakukan oleh doktor gigi dengan menyapukan lapisan gel peroksida, membersihkannya dan kemudian menyapunya lagi beberapa kali. Rawatan pemutihan gigi boleh membuatkan gigi lebih putih empat hingga enam kali ganda. Satu lagi manfaat rawatan di klinik adalah gusi dan mulut anda dilindungi sewaktu gigi diputihkan. Ini adalah penyelesaian pemutihan yang paling mahal, namun hasilnya juga adalah yang kekal paling lama.

Pemutihan Di Rumah Yang Dibekalkan Doktor Gigi

Produk pemutihan yang dilakukan sendiri juga menggunakan gel peroksida, serta bahan-bahan lain, termasuklah agen perasa, air dan gliserin. Doktor gigi anda akan mendapatkan terapan mulut anda dan kemudian mereplikakannya apabila membuat bekas khusus untuk gigi anda. Anda akan diberikan gel untuk disapu pada gigi melalui bekas tersebut dan anda akan diarahkan untuk memakai bekas itu selama beberapa jam sehari untuk tempoh satu atau dua minggu.

Pemutihan Yang Dilakukan Sendiri

Jika anda hendak melakukan pemutihan gigi sendiri, eloklah anda berjumpa doktor gigi terlebih dahulu bagi mengenal pasti dan merawat sebarang kawasan bermasalah sebelum anda menggunakan produk pemutih itu. Seperti disebutkan tadi, sesetengah pemutih di rumah menggunakan hidrogen peroksida, walaupun kepekatannya mungkin tidak setinggi yang digunakan di klinik gigi. Bahan kimia yang digunakan mungkin dalam bentuk gel, getah, jalur, atau ubat gigi.

Siapa Yang Tidak Boleh Memutihkan Gigi

Pemutihan bukanlah satu penyelesaian untuk semua orang tetapi jika anda mempunyai sebarang soalan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor gigi sebelum menggunakan sebarang produk pemutihan pada gigi anda.