4 PETUA UNTUK MELINDUNGI GIGI

Semakin banyak yang anda ketahui, semakin anda rasakan bahawa kebanyakan benda yang anda masukkan ke dalam mulut anda sebenarnya musuh kepada enamel gigi dan gusi anda. Walaupun ia mungkin benar, anda masih boleh melawan kerosakan tersebut dengan mengikut langkah-langkah penjagaan mulut sihat ini untuk menggantikan mineral yang hilang, mengekalkan gigi sihat dan memulihkan kerosakan akibat kuman.

PETUA #1: Salut Gigi Anda

Fluorida menjadikan enamel lebih kuat dan kukuh serta mencegah gigi daripada rosak dan membentuk kaviti. Minta doktor gigi anda menyalut gigi anda yang sihat dengan lapisan nipis fluorida untuk melindunginya.

PETUA #2: Flos sekurang-kurangnya sekali sehari.

Flos menghapuskan sisa makanan dan sisa bakteria di celah-celah gigi dan gusi, menjadikan bakteria untuk kurang melekat di sekelilingnya dan bertukar menjadi tartar keras, yang hanya boleh dibuang doktor gigi dan peralatan profesional pergigian.

PETUA #3: Tukar Berus Gigi

Tukar berus gigi anda di antara 3 atau 4 kali setiap tahun. Pastikan anda menggunakan berus berbulu halus yang lembut pada gusi dan gigi, dan yang tidak menghakis enamel dan tisu gusi. Juga pertimbangkan untuk menggunakan berus gigi elektrik yang membersihkan gigi tanpa melelaskannya.

PETUA #4: Berkumur Selepas Makan

Berkumur boleh membantu mengeluarkan makanan yang tersekat pada gigi atau di celah gigi dan gusi. Berkumur dengan pencuci mulut antikaviti LISTERINE® yang diperkuatkan dengan fluorida membantu melindungi gigi.