Title

PENJAGAAN GUSI – GUSI YANG SIHST SOALAN LAZIM

Apakah lapisan yang melekit di gusi saya sewaktu saya bangun tidur?

Hampir pada semua permukaan, lapisan nipis bakteria dikenali sebagai biofilm boleh terlekat. Itulah punca mengapa gusi dan gigi anda berasa seperti disaluti lendir sewaktu bangun dari tidur. Biofilm adalah normal dan berlaku pada semua orang - walaupun anda berus,flos dan berkumur dengan pengkumur mulut. Tetapi apabila anda tidak menanggalkan biofilm setiap hari, ia akan bertambah dan membentuk plak gigi.

Plak gigi yang boleh menjurus kepada masalah gusi terhasil daripada separuh bakteria jahat (yang mampu menukarkan lebihan gula yang tertinggal di gusi dan gigi kepada asid pereput gigi) dan separuh bakteria baik (yang membuatkan biofilm normal kurang menarik bagi bakteria yang kelaparan asid).

Seseorang yang mengamalkan penjagaan gigi yang kerap, yang berus, flos dan berkumur setiap hari, mampu mengawal dan meminimakan saiz biofilm, berpotensi menjadikan ia lebih sihat dengan meningkatkan jumlah kandungan bakteria baik. Tetapi apabila gigi dan gusi anda jarang dibersihkan, biofilm (kebiasaannya berwarna kuning pucat) boleh mengeras menjadi tartar dan semakin menebal dimana hanya doktor gigi dan profesional sahaja yang mampu menanggalkannya. Teruskan rutin berkumur anda bagi memastikan biofilm anda sentiasa dalam keadaan sihat.

Menapa gusi saya berdarah?

Semakin usia kita meningkat, semakin kerap kelihatan titisan darah dalam sinki selepas memberus gigi atau flos --jadi, kita selalu menyakin diri kita bahawa ia bukanlah perkara yang membimbangkan. Tetapi gusi yang berdarah--walaupun semasa dicuci oleh doktor gigi--bukanlah normal dan tidak sihat. Berjuta orang dewasa mempunyai masalah gusi tetapi hanya segelintir yang sedar tentangnya kerana sakit gusi bukanlah gejala awal. Berita baiknya ialah masalah gusi diperingkat awal boleh berpatah balik, melalui peningkatan penjagaan mulut harian dan kekerapan kunjungan ke doktor gigi untuk menanggalkan plak dan tartar menggunakan alat profesional. Namun jika tidak dihiraukan, masalah gusi berluka boleh bertukar menjadi masalah gusi yang serius (periodontitis) yang menyerang gusi, menghakis tulang rahang dan punca utama gigi tertanggal. Jika anda terlihat titisan darah, jangan teragak-agak untuk memperbaiki rutin berus, flos dan kumur anda.

Mengapa gusi saya surut?

Anda sudah mengetahui salah satu daripada petanda masalah gusi peringkat pertengahan. Dan perkara ini pasti anda tidak mahu mengambil mudah. Apabila anda perasan gusi dan tulang anda semakin renggang dengan gigi anda, dan bahagian bawah gigi anda semakin kelihatan, gusi anda sedang surut. Selalu dikenali sebagai gusi mengecut, apabila ini berlaku, akar gigi anda terdedah kepada bakteria berbahaya dan mulut anda terdedah kepada semua jenis masalah kesihatan, Jika masalah gusi peringkat awal dibiarkan tidak dirawat, kesurutan gusi boleh bertambah serius, menjadi akibat yang tidak dapat dipulihkan, seperti kehilangan dentin (keras, padat, tisu tetulang yang membentuk gigi dibawah enamel dan memastikan gigi kukuh di tempatnya), dan akar yang terdedah akan menjadi lembut, sakit dan berjangkit.

Adakah semua pengkumur mulut memperbaiki masalah gusi?

Sentiasa periksa kandungan pengkumur mulut anda dan cari yang mempunyai kandungan melawan kuman, seperti LISTERINE® (mempunyai eucalyptol, menthol, methyl salicylate and thymol-- empat minyak pati yang terbukti secara klinikal mampu membasmi kuman penyebab masalah gusi). Guna pengkumur mulut secara kerap akan melawan bakteria yang berpaut pada gusi anda dan membentuk plak. Apabila plak tidak dimusnahkan, ia akan mengeras menjadi tartar. Sesetengah pengkumur mulut juga mengandungi fluorida, yang melindungi gigi daripada pereputan.

Apakah langkah-langkah berkumur?

Langkah terbaik ialah menggunakan pengkumur mulut LISTERINE® dua kali sehari, seperti yang diarahkan. Gabungan bahan-bahan di dalam LISTERINE® sangat berkesan untuk membunuh bakteria dibahagian atas gusi disamping mengurangkan film plak yang melekit dan masalah awal gusi, yang boleh bertambah serius, jika tidak dirawat. Guna LISTERINE® dua kali sehari untuk pelindungan 24jam daripada masalah gusi penyebab bakteria.